ad
AGENDA

PBT luar bandar terima dana urus sisa pepejal

6 Nov 2020, 4:26 AM
PBT luar bandar terima dana urus sisa pepejal

SHAH ALAM, 6 NOV: Pihak berkuasa tempatan (PBT) luar bandar menerima bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri untuk menguruskan sisa pepejal.

EXCO kerajaan tempatan berkata PBT berstatus majlis daerah dan perbandaran tidak mempunyai hasil mencukupi untuk menanggung kos tersebut pada setiap tahun.

"Pada 2019, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menerima bantuan kewangan RM1.25 juta, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) RM878,000, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) RM1.34 juta dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) RM1.97 juta.

"Pada tahun ini, MPKL mendapat dana RM1.27 juta, MDKS (RM1.61 juta), MDHS (RM1.46 juta) dan MDSB (RM1.97 juta)," kata Ng Sze Han.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Dusun Tua Edry Faizal Eddy Yusof berhubung pengurusan sisa pepejal kawasan luar bandar pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini

Sze Han berkata PBT terlibat perlu mengemukakan permohonan dan nilai kontrak pada setiap tahun untuk bantuan kewangan.

"Kerajaan Negeri berharap bantuan ini akan memastikan kebersihan kawasan luar bandar terutama kampung bagan, kampung baru, kampung tradisi dan kampung tersusun," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.