AGENDA

Baik pulih paip pecah siap, bekalan disalur bermula 2 petang

18 Okt 2020, 1:28 AM
Baik pulih paip pecah siap, bekalan disalur bermula 2 petang
Baik pulih paip pecah siap, bekalan disalur bermula 2 petang

SHAH ALAM, 18 OKT: Kerja baik pulih paip air terawat yang pecah di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) siap sepenuhnya pada jam 8 pagi tadi, kata ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Justeru, bekalan air disalurkan bermula jam 2 petang nanti secara berperingkat ke 686 kawasan terjejas di Wilayah Petaling, Gombak, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor.

"Bagi mengurangkan impak gangguan bekalan air kepada pengguna terjejas, kami telah meningkatkan penyaluran air terawat daripada beberapa LRA lain, termasuk LRA Sungai Selangor Fasa 3, LRA Wangsa Maju, LRA Sungai Batu dan LRA Bukit Nenas.

[caption id="attachment_446194" align="alignright" width="426"] Baik pulih paip air terawat yang pecah di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) siap sepenuhnya pada jam 8 pagi pada 18 Oktober 2020. Foto: Facebook Pengurusan Air Selangor[/caption]

"Air Selangor juga telah menggerakkan sebanyak 84 lori tangki air ke premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis serta kawasan perumahan terjejas," kata Elina Baseri menerusi kenyataan.

Perkembangan pemulihan bekalan air itu dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran komunikasi Air Selangor di Facebook, Twitter, Instagram, aplikasi telefon pintar dan laman sesawang www.airselangor.com.

Pengguna juga boleh mendapatkan bantuan bekalan air melalui pili awam yang disediakan.

Namun pengguna dinasihatkan mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semasa mengambil bekalan air di pili-pili berkenaan.

Senarai pili awam mengikut wilayah:

Petaling

1. Berhampiran McDonald’s Denai Alam

Koordinat: 3.159927,101.512663

2. Berhampiran Stesen Minyak BHP Jalan Subang Airport

Koordinat: 3.114114,101.567876

3. Persiaran Golf Saujana, Saujana Hyatt

Koordinat: 3.102335,101.583155

4. Berhampiran Taman Permainan, Jalan 14/28

Koordinat: 3.110388,101.634245

Klang

1. Persiaran Setia Murni

Koordinat: 3.111362,101.450376

2. Depan Masjid Ar Rahimiah Andalas

Koordinat: 3.021248,101.442858

3. Persiaran Astana, Bukit Raja

Koordinat: 3.087969, 101.445781

Gombak

1. Lembah Jaya Selatan

Koordinat: 3.139853,101.783995

2. AU3 Keramat

Koordinat: 3.179890,101.753372

Kuala Lumpur

1. Berhampiran Kuarters JKR Sg besi

Koordinat: 3.103895, 101.686275

2. Jalan Berjasa

Koordinat: 3.153137, 101.686275

3. Berhampiran Sri Perdana, Jln Damansara

Koordinat: 3.1742323, 101.6792684

4. IKIM

Koordinat: 3.176210, 101.678507

Hulu Selangor

1. Kg Kenanga berhampiran Ambank Rawang

Koordinat: 3.314084, 101.578828

2. Berhadapan Pejabat Penghulu Taman Jati Rawang

Koordinat: 3.305739,101.5847109

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.