AGENSI

Paip pecah, 59 kawasan alami gangguan bekalan air

16 Okt 2020, 5:18 AM
Paip pecah, 59 kawasan alami gangguan bekalan air
Paip pecah, 59 kawasan alami gangguan bekalan air

SHAH ALAM, 16 OKT: Sebanyak 59 kawasan di wilayah Klang, Shah Alam dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan paip pecah di Seksyen U11 di sini.

Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) memaklumkan tambakan tanah di atas paip oleh pihak ketiga menyebabkan tekanan berlebihan di kawasan pembinaan Worlwide di situ.

"Bantuan bekalan air melalui lori tangki akan digerakkan ke kawasan terlibat bagi membantu pengguna yang terjejas," kata agensi itu dalam kenyataan hari ini.

Perkembangan kerja pembaikan paip akan dimaklum dari semasa ke semasa melalui saluran komunikasi Air Selangor di Facebook, Twitter, Instagram, aplikasi telefon pintar dan laman sesawang www.airselangor.com.

Berikut senarai kawasan yang mengalami gangguan bekalan air:

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.