ad
AGENSI

Paip pecah siap dibaiki 5.30 pagi, air mula disalur ke sekitar Seksyen 22

27 Mei 2024, 2:43 AM
Paip pecah siap dibaiki 5.30 pagi, air mula disalur ke sekitar Seksyen 22

SHAH ALAM, 27 MEI: Kerja pembaikan paip pecah di Jalan Budiman, Seksyen 22 di sini siap dilaksana pada jam 5.30 pagi tadi, maklum Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Agensi memaklumkan bekalan air akan disalurkan kepada pengguna secara berperingkat apabila sistem agihan utama distabilkan dan bekalan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi esok.

"Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

"Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Air Selangor turut menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan yang terlibat dengan keutamaan diberi kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Terdahulu, agensi memaklumkan sebahagian wilayah Klang, Shah Alam dan Petaling mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sejak 6 petang semaam susulan pelaksanaan kerja pembaikan.

Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.