ad
ADN

Penduduk risau dijangkiti, ADN Bukit Gasing tanggung kos saring Covid-19

10 Okt 2020, 9:16 AM
Penduduk risau dijangkiti, ADN Bukit Gasing tanggung kos saring Covid-19

SHAH ALAM, 10 OKT: Ahli Dewan Negeri Bukit Gasing menanggung kos ujian saringan Covid-19 untuk penduduk Pangsapuri Damansara Bistari Petaling Jaya setelah berlakunya kes positif di situ.

R Rajiv berkata inisiatif itu diambil apabila Kementerian Kesihatan memaklumkan saringan kontak rapat tidak perlu dibuat berikutan pesakit tinggal sendirian dan dijangkiti ketika bekerja.

"Namun, penduduk masih risau kerana keadaan tempat yang agak padat dan kami ambil inisiatif lakukan ujian persampelan itu sendiri dengan kerjasama makmal swasta. Kos ditanggung pejabat Dewan Undangan Negeri Bukit Gasing," katanya dipetik MalaysiaKini.

Rajiv berkata sebanyak 116 sampel diambil dari saringan Covid-19 pada 7 Oktober lalu dan kesemuanya didapati sifar jangkitan pada 8 Oktober.

“"Syukur, lepas dapat keputusan semua yang kita uji negatif dan tidak dijangkiti Covid-19,” katanya lagi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.