ADN

Kerja pembersihan Sungai Jalan Station atasi masalah banjir

10 Okt 2020, 7:30 AM
Kerja pembersihan Sungai Jalan Station atasi masalah banjir

SHAH ALAM, 10 OKT: Kerja pembersihan kawasan Sungai Jalan Station, Batu Arang dijangka siap sepenuhnya minggu ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang berkata kontraktor dilantik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memulakan tugas bagi memastikan kejadian banjir tidak berulang di kawasan berkenaan.

“Sebenarnya Batu Arang bukan kawasan tumpuan banjir tetapi kawasan anak sungai ditutupi rimbunan pokok kecil yang menyebabkan aliran air tersekat.

"Saya mengadakan lawatan selepas menerima aduan bagi mengenal pasti punca kepada masalah berlaku bulan lalu,” kata Chua Wei Kiat ketika dihubungi.

Pada 11 September lalu kejadian banjir kilat berlaku di Batu Arang disebabkan limpahan air yang tidak dapat mengalir dengan lancar berikutan hujan lebat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.