SELANGOR

Selangor catat 36 kes baharu Covid-19

8 Okt 2020, 12:34 PM
Selangor catat 36 kes baharu Covid-19

SHAH ALAM, 8 OKT: Selangor merekodkan sebanyak 36 kes baharu Covid-19 hari ini dengan 12 daripadanya melibatkan Kluster Jalan Meru.

Ketua pengarah kesihatan berkata penularan wabak di negeri ini turut melibatkan empat kes saringan individu pulang dari Sabah serta 20 kes menerusi pelbagai saringan.

"Jika mengikut negeri, Sabah merekodkan kes tertinggi dengan 271 kes, Kedah (16) serta Kuala Lumpur dan Labuan (masing-masing 10).

"Sarawak (enam), Johor, Terengganu, Perak (masing-masing lima), Negeri Sembilan dan Putrajaya (masing-masing dua), Melaka dan Pulau Pinang (masing-masing satu)," kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi siaran langsung Facebook hari ini.

Malaysia merekodkan 375 kes baharu hari ini dengan empat daripadanya kes import, selain mencatatkan lima kematian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.