AGENDA

Covid-19 catat 489 kes baharu, pesakit di ICU bertambah

7 Okt 2020, 10:23 AM
Covid-19 catat 489 kes baharu, pesakit di ICU bertambah

SHAH ALAM, 7 OKT: Sebanyak 489 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini dengan majoriti melibatkan penularan tempatan, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 487 kes adalah penularan tempatan, manakala dua lagi mendapat jangkitan dari luar negara.

Jelasnya, Sabah merekodkan kes baharu paling tinggi iaitu 282, Kedah (153) dan Selangor (20).

"Jumlah terkumpul akibat Covid-19 dalam negara ialah 13,993 kes. Seramai 74 pesakit berjaya sembuh hari ini dan keseluruhan yang pulih sebanyak 10,501 kes.

"Sebanyak 13 kes masih memerlukan bantuan pernafasan. Tiada kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah yang maut kekal 141 kes," tulisnya di Twitter.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata jumlah pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) meningkat kepada 40 berbanding 31 kes semalam.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.