AGENDA

Anwar: Tegas penguatkuasaan, patuh SOP kunci bendung penularan Covid-19

6 Okt 2020, 12:07 AM
Anwar: Tegas penguatkuasaan, patuh SOP kunci bendung penularan Covid-19

SHAH ALAM, 6 OKT: Kerajaan Persekutuan digesa telus menangani Covid-19 dengan tidak ada sesiapa dikecualikan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dan hendaklah dikuatkuasakan tegas tanpa selektif.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan perlu memberikan maklumat dalam menangani gelombang terbaru wabak ini bagi mengelak sebarang spekulasi dan khabar angin.

"Adalah mustahak bagi politisi dari kedua-dua pihak dalam mengutamakan maslahat rakyat tatkala kemelut. Kualiti kepimpinan mesti ditonjolkan," kata ketua pembangkang dalam kenyataan media, semalam.

Ahli Parlimen Port Dickson berkata hanya dengan kepatuhan dan kesepaduan sebagai sebuah negara sahaja menjamin kesejahteraan bagi membendung pandemik ini.

"Semuanya terletak di bahu masing-masing untuk sentiasa bersiap-siaga untuk diri kita dan orang sekeliling.

"Saya turut mendoakan kepada semua yang dijangkiti dengan wabak Covid-19 ini agar lekas sembuh dan terus kuat semangat," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.