AGENDA

Covid-19 catat 15 kes baharu, majoriti penularan dalam negara

6 Ogos 2020, 10:02 AM
Covid-19 catat 15 kes baharu, majoriti penularan dalam negara

SHAH ALAM, 6 OGOS: Kes harian Covid-19 kekal dua digit apabila 15 kes dilaporkan hari ini dengan sebahagian besar membabitkan penularan dalam negara.

Ketua pengarah kesihatan berkata lapan kes dalam kalangan warganegara meliputi enam kluster Sivagangga di Kedah dan masing-masing satu di Negeri Sembilan serta Labuan.

"Kes jangkitan dalam kalangan warga asing pula meliputi satu kes saringan tahanan di Negeri Sembilan dan satu saringan komuniti bersasar di Kuala Lumpur.

"Lima lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara membabitkan tiga warganegara dan dua warga asing iaitu Filipina (empat kes di Sabah) dan Afrika Selatan (satu kes di Kuala Lumpur)," kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau turut memaklumkan terdapat 11 lagi pesakit berjaya sembuh dengan kumulatif pulih 8,713 kes atau 96.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Katanya, terdapat dua kes dirawat di unit rawatan rapi dan satu daripanya memerlukan bantuan pernafasan manakala jumlah kematian kekal 125 kes.

"Sehingga 12 tengah hari, sebanyak 9,038 kes Covid-19 dicatatkan dengan jumlah kes aktif ialah 200 yang diasing dan diberi rawatan," kata Dr Noor Hisham.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.