AGENDA

MB ucap takziah buat keluarga mangsa terbunuh di Lubnan

5 Ogos 2020, 3:48 AM
MB ucap takziah buat keluarga mangsa terbunuh di Lubnan

SHAH ALAM, 5 OGOS: Dato' Menteri Besar mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam letupan di ibu kota Beirut, Lubnan.

"Inalillah wainailaihi rajiun. Melahirkan rasa simpati atas tragedi menyayat hati letupan di bandar Beirut, Lubnan.

"Semoga kerajaan dan rakyat Lubnan tabah menghadapi ujian yang getir ini. Salam takziah buat keluarga mangsa yang terkorban," kata Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Twitter.

Memetik agensi berita The Guardian, lebih 80 individu terbunuh dan lebih 4,000 penduduk lagi cedera dalam dua siri letupan besar di ibu kota negara itu semalam.

Terdapat rakaman video menunjukkan letupan awal mengakibatkan kepulan asap tebal, api marak dan menggegarkan bangunan. Berikutan itu banyak harta benda musnah dengan tingkap kediaman berkecai serta siling runtuh.

Kebanyakan daripada mereka menyangka insiden itu berpunca daripada gegaran kuat akibat gempa bumi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.