AGENDA

KEADILAN Selangor utuh tanpa nama besar

26 Jul 2020, 6:19 AM
KEADILAN Selangor utuh tanpa nama besar

AMPANG, 26 JULAI: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor kekal utuh meskipun beberapa nama besar meninggalkan parti, kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Tanpa menyebut mana-mana nama pemimpin poilitik, pengerusi Majlis Pimpinan Negeri berkata Selangor merupakan benteng kukuh KEADILAN dan tiada cabang lumpuh walaupun berlaku pengkhianatan.

"KEADILAN bukan milik individu, ia milik rakyat dan mana-mana pemimpin boleh keluar tetapi parti tetap utuh. Kita kena jelas siapa musuh sebenar, sekarang masa terbaik mara jadikan parti dan negara lebih baik," katanya berucap pada Konvensyen Penerangan KEADILAN di Hotel De Palma hari ini.

Amirudin yang juga Dato' Menteri Besar juga menggesa anggota KEADILAN merapatkan barisan dan menyingkirkan perasaan curiga sesama sendiri menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

"KEADILAN menempuh pelbagai dugaan dan ujian sejak dahulu, namun parti ini tidak lumpuh disebabkan pengkhianatan beberapa pemimpinnya. Kita lalui PRU11, 12 dan 13 dengan sabar dan tabah, sekarang kita diuji lagi apabila nama besar keluar," katanya lagi.

Sebelum ini, Dato' Seri Mohamed Azmin, mantan Dato' Menteri Besar dianggap mengkhianati perjuangan apabila beliau bersekutu dengan Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk membentuk kerajaan baharu sekali gus menumbangkan kerajaaan PAKATAN pada peringkat persekutuan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.