SELANGOR

ADN Morib diumum Timbalan Speaker DNS

13 Jul 2020, 2:55 AM
ADN Morib diumum Timbalan Speaker DNS
ADN Morib diumum Timbalan Speaker DNS

SHAH ALAM, 13 JULAI: Ahli Dewan Negeri (ADN) Morib, Hasnul Baharuddin diumumkan sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) bagi menggantikan ADN Sementa, Dr Daroyah Alwi.

Pelantikan Hasnul diumumkan Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari ketika Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga DNS, hari ini.

Majlis angkat sumpah diadakan pada persidangan DNS di hadapan Speaker, Ng Suee Lim.

Persidangan DNS dijadual berlangsung bermula hari ini sehingga 24 Julai.

[caption id="attachment_423236" align="aligncenter" width="566"] ADUN Morib, Hasnul Baharuddin mengangkat sumpah Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor ketika Persidangan Dewan Negeri Selangor pada 13 Julai 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.