AGENDA

Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 1,210

29 Jun 2020, 2:40 AM
Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 1,210

KOTA KINABALU, 29 JUN: Jumlah mangsa banjir di Sabah semakin meningkat tengah hari ini apabila 1,210 mangsa daripada 375 keluarga ditempatkan di 15 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di beberapa daerah setakat 12 tengah hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan bahawa 323 mangsa daripada 102 keluarga ditempatkan di empat PPS di Kota Belud dan 634 mangsa daripada 192 keluarga ditempatkan di lapan PPS di Tenom.

“Selain itu, 62 mangsa daripada 20 keluarga ditempatkan di satu PPS di Papar, 19 mangsa daripada lima keluarga ditempatkan di satu PPS di Penampang dan 49 mangsa daripada 12 keluarga ditempatkan di satu PPS di Beaufort," menurut kenyataan itu.

Sebanyak 11 daerah melibatkan 152 kampung di Sabah terjejas akibat hujan lebat Sabtu lepas.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.