AGENDA

KP Kesihatan: Malaysia isytihar bebas Covid-19 jika 28 hari sifar kes

11 Jun 2020, 11:52 AM
KP Kesihatan: Malaysia isytihar bebas Covid-19 jika 28 hari sifar kes

PUTRAJAYA, 11 JUN: Malaysia memerlukan tempoh 28 hari sifar kes Covid-19 sebelum boleh diisytiharkan bebas pandemik tersebut, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia selaras mekanisme menamatkan pantauan terhadap sesuatu kluster iaitu dua kali kitaran tempoh inkubasi kebolehjangkitan virus tersebut.

"Kalau kita lihat, untuk tamatkan satu kluster, kita gunakan tempoh 28 hari, jadi kita akan gunakan tempoh tersebut sebagai penanda aras bebas jangkitan itu," katanya dalam sedang media harian perkembangan Covid-19 di sini hari ini.

Menurut laporan media antarabangsa, New Zealand semalam mengisytiharkan negara itu bebas Covid-19 selepas 17 hari tiada kes baharu di negara itu.

Bagaimanapun, negara itu masih menutup pintunya kepada pelancong asing.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.