ad
PBT

MDHS terima 30,000 sarung tangan untuk petugas hadapan

5 Jun 2020, 5:07 AM
MDHS terima 30,000 sarung tangan untuk petugas hadapan

SHAH ALAM, 5 JUN: Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) akan mengagihkan sarung tangan dan pelitup muka daripada JR Engineering and Medical Technologies (M) Sdn Bhd (JREMT) kepada kakitangannya terutama petugas barisan hadapan

Yang Dipertuanya Shukri Mohamad Hamin berkata JREMT menyumbang 30,000 sarung tangan dan 3,000 pelitup muka kepada MDKS dan ia inisiatif harus dicontohi agensi lain serta tanda keprihatinan terhadap petugas berkaitan yang paling berisiko terdedah kepada virus Covid-19.

"Terima kasih di atas sumbangan ini dan kami menyeru sama ada individu atau syarikat korporat agar dapat tampil bersama membantu mereka yang memerlukan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumbangan itu disampaikan Pengarah Urusan JREMT, Ganesan Subramaniam kepada Pengarah Jabatan Perbendaharaan MDHS, Shaiful Rizza Piamin sebagai satu inisiatif tanggungjawab sosial (CSR).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.