ad
BERITA UTAMA

Pusat pelancongan Bukit Malawati ditutup sementara, beri laluan kerja baiki cerun

26 Dis 2022, 1:55 AM
Pusat pelancongan Bukit Malawati ditutup sementara, beri laluan kerja baiki cerun
Pusat pelancongan Bukit Malawati ditutup sementara, beri laluan kerja baiki cerun

SHAH ALAM, 26 DIS: Bukit Malawati di Kuala Selangor ditutup kepada orang ramai mulai esok hingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) berkata penutupan pusat pelancongan itu bagi memberi laluan kerja pembaikan cerun demi keselamatan pengunjung.

“Demi keselamatan para pengunjung dan pelawat, Bukit Malawati akan ditutup sementara bagi perkhidmatan trem dan aktiviti riadah serta rekreasi,” katanya menerusi Facebook.

[caption id="attachment_236092" align="aligncenter" width="714"] Terletak di pintu masuk Kota Melawati, di atasnya satu busut besar dan legenda mengatakan bahawa batu hampar ini adalah tempat memancung kepala penderhaka. Foto Arkib Selangorkini[/caption]

Bukit Malawati antara destinasi tumpuan utama pelancong dari dalam dan luar negara ketika berkunjung ke Kuala Selangor untuk melihat pelbagai kesan sejarah seperti Makam Diraja Selangor, batu hampar, pusara Panglima Hitam dan busut Malawati, telaga tujuh, telaga beracun, tangga seratus, padang silat dan meriam di puncak bukit.

Sebelum ini, Yang Dipertuanya Rahilah Rahmat memaklumkan lokasi bersejarah itu tersenarai dalam Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Malawati untuk dinaik taraf.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.