ad
BERITA UTAMA

Peluang menang RM5,000 sempena pengisytiharan Majlis Perbandaran Hulu Selangor

21 Okt 2021, 1:06 AM
Peluang menang RM5,000 sempena pengisytiharan Majlis Perbandaran Hulu Selangor

SHAH ALAM, 21 OKT: Orang ramai berpeluang memenangi RM5,000 sempena pengisytiharan Majlis Perbandaran Hulu Selangor, hari ini.

Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) memaklumkan pertandingan berbentuk kuiz itu akan diadakan ketika siaran langsung pengisytiharan menerusi Facebook Korporatmdhsofficial.

Katanya, syarat penyertaan orang ramai perlu mengikuti, menanda tanda suka dan komen #HuluSelangorTerusMaju pada siaran langsung berkenaan.

"Jawab lima soalan yang akan diberikan di penghujung siaran langsung dengan peserta yang berjaya menjawab kelima-lima soalan dengan cepat dan betul akan diumumkan sebagai pemenang," katanya menerusi Facebook.

Katanya, penyertaan dibuka kepada semua kecuali kakitangan agensi itu dengan jawapan yang disunting pada ruangan komen tidak akan dikira.

Sementara itu, menerusi poster yang dikongsi di Facebook, 10 pemenang akan dipilih menerusi kuiz berkenaan untuk memenangi hadiah RM5,000.

Pada 8 September, Mohd Hasry Nor Mohd mengangkat sumpah sebagai yang dipertua MDHS.

Dalam ucapannya beliau mengucapkan tahniah kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu kerana bakal dinaik taraf ke majlis perbandaran pada 21 Oktober depan.

"Saya akan memastikan usaha-usaha mantan yang dipertua sebelum ini dapat diteruskan selari dengan corak pentadbiran semasa dalam memastikan pengiktirafan menjadi perbandaran ini dapat direalisasikan dengan jayanya," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.