AGENDA

Cegah Covid-19, elak sesak, sempit dan sembang dekat

17 Mei 2020, 3:19 AM
Cegah Covid-19, elak sesak, sempit dan sembang dekat
Cegah Covid-19, elak sesak, sempit dan sembang dekat

SHAH ALAM, 17 MEI: Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai mengamalkan norma baharu dengan mengelak 3S (sesak, sempit dan sembang dekat) bagi mencegah penularan Covid-19.

KKKM menerusi Twitter memaklumkan langkah pertama yang perlu dilakukan ialah elak tempat sesak, kedua elak tempat sempit dan tertutup serta terakhir elak dari bersembang secara dekat-dekat.

"Langkah pencegahan adalah cara terbaik bagi menghindar dijangkiti wabak berkenaan. Kita perlu hidup dengan virus ini sehinggalah vaksin atau ubat merawat penyakit ini dihasilkan," katanya.

Semalam Malaysia mencatatkan 17 kes baharu Covid-19 sekali gus menjadikan jumlah kes positif sebanyak 6,872.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.