AGENDA

Covid-19 catat 40 kes baharu, warga asing paling ramai

14 Mei 2020, 9:30 AM
Covid-19 catat 40 kes baharu, warga asing paling ramai

SHAH ALAM, 14 MEI: Jumlah kes baharu Covid-19 bertambah 40 hari ini dengan 31 daripadanya dalam kalangan warga asing, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat 12 tengah hari tadi, jumlah keseluruhan kes mencecah 6,819 dengan 1,356 kes aktif kebolehjangkitan.

“Tiada kes import hari ini. 70 kes disahkan pulih dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan pulih ialah 5,351 kes.

“Sebanyak 16 pesakit kini ditempatkan di unit rawatan rapi dengan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sedia media di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan satu lagi kematian membabitkan lelaki tempatan berusia 39 tahun, menjadikan jumlah pesakit yang maut akibat wabak tersebut seramai 112 orang.

“Mangsa ke-112 patah kedua-dua belah kaki dan sukar bergerak akibat kemalangan awal tahun ini. Dia disahkan meninggal dunia 12 Mei lalu di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.