AGENDA

Selangor sumbang RM10,000 kepada keluarga Allahyarham Safwan

6 Mei 2020, 9:41 AM
Selangor sumbang RM10,000 kepada keluarga Allahyarham Safwan

SHAH ALAM, 6 MEI: Kerajaan Negeri menyumbang RM10,000 kepada keluarga Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail, anggota polis yang maut ketika menjaga sekatan jalan raya Op Covid-19 di Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya Lekas, dekat sini Ahad lalu.

Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kejadian menimpa Safwan akan dikenang sebagai tanda pengorbanan petugas hadapan yang menyabung nyawa untuk ibu pertiwi.

"Kerajaan Negeri menyatakan penghargaan kepada Allahyarham. Semoga Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan rohnya bersama orang-orang yang soleh," katanya dalam kenyataan hari ini.

Awal pagi Ahad lalu, Safwan, 31, anggota Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang meninggal dunia selepas dirempuh pemandu disyaki mabuk di Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya Lekas.

Kejadian jam 2.11 pagi itu berlaku apabila pemandu Toyota Hilux yang datang dari arah Kajang menuju plaza tol berkenaan hilang kawalan hingga merempuh mangsa dan kenderaan polis di tepi jalan.

Berikutan itu Safwan mengalami kecederaan parah di kepala dan badan. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Bata, Tanjung Rambutan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.