AGENDA

Selangor teliti garis panduan tambahan pasar, elak pelanggan bersesak

4 Mei 2020, 6:56 AM
Selangor teliti garis panduan tambahan pasar, elak pelanggan bersesak

SHAH ALAM, 4 MEI: Selangor akan meneliti garis panduan tambahan bagi pasar dan pasar raya di negeri ini untuk mengelakkan orang ramai bersesak mendapatkan barangan keperluan harian.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata langkah itu susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan bermula hari ini.

"Kita tidak mahu pasar dan pasar raya menjadi tempat berhimpun dan perkumpulan yang ramai. Justeru, penelitian lebih terperinci akan dibincangkan dengan Bilik Gerakan Covid-19 Selangor bagi membolehkan garis panduan tambahan ini dilaksanakan," katanya.

Beliau ditemui SelangorKini selepas mengadakan telesidang di bangunan SUK di sini hari ini.

Sementara itu, Amirudin berkata telesidang yang dihadiri EXCO dan Ahli Dewan Negeri bertujuan menjelaskan maklumat terkini berhubung PKPB di Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.