AGENDA

Covid-19: Kes import punca jumlah jangkitan meningkat

29 Apr 2020, 8:53 AM
Covid-19: Kes import punca jumlah jangkitan meningkat

SHAH ALAM, 29 APRIL: Sebanyak 94 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, dengan 72 daripadanya kes import membabitkan warganegara dan pelajar Malaysia yang pulang dari Indonesia.

Sehingga 12 tengah hari tadi, Malaysia mencatatkan keseluruhan 5,945 kes dengan jumlah kematian kekal 100 orang (1.68 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memalumkan seramai 40 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi, dengan 18 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

"Terdapat 55 kes telah pulih dan dibenarkan keluar wad hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 4,087 kes (68.75 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)," kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Putrajaya.

Malaysia merekodkan jumlah kes positif harian kurang dari 100 sejak 17 April lalu. KKM menyasarkan jumlah kes harian Covid-19 turun kepada satu angka pertengahan Mei ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.