AGENDA

MB: Hargai petugas hadapan, 5,000 penguat kuasa terima insentif RM200

22 Apr 2020, 9:15 AM
MB: Hargai petugas hadapan, 5,000 penguat kuasa terima insentif RM200

SHAH ALAM, 22 APRIL: Kira-kira 5,000 pegawai penguat kuasa dan agensi penting termasuk kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini akan menikmati insentif RM200 sekali bayar, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata insentif yang diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini bagi menghargai petugas barisan hadapan menangani penularan Covid-19.

"Sebanyak RM1 juta diperuntukkan untuk keputusan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pegawai penguat kuasa dan kakitangan PBT adalah antara barisan hadapan yang memainkan peranan penting membantu Selangor memerangi wabak itu melalui pelbagai pendekatan.

Antara tugas dilaksanakan adalah proses nyah kuman di premis tumpuan ramai, memastikan kebersihan persekitaran dan membantu memantau tahap pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.