ad
AGENDA

Biaya tanpa faedah galak peniaga sertai e-bazar Ramadan

18 Apr 2020, 8:38 AM
Biaya tanpa faedah galak peniaga sertai e-bazar Ramadan

SHAH ALAM, 18 APRIL: Selangor menyediakan pembiayaan mudah tanpa faedah sehingga RM5,000 kepada peniaga kecil bagi menggalakkan mereka menyertai e-bazar Ramadan tahun ini.

"Kerajaan Negeri berbesar hati menawarkan pembiayaan mudah tanpa faedah kepada peniaga kecil yang layak dengan pembiayaan RM3,000 hingga RM5,000 melalui Hijrah Selangor," kata Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Kerajaan Negeri turut menyediakan Insentif Digitalisasi sebanyak RM600,000 bagi menggalakkan peniaga menyertai program tersebut.

Katanya, inisiatif itu membantu masyarakat mengharungi norma kehidupan baharu, selain menjadikan Selangor perintis kemajuan.

Pada masa sama, Amirudin mengalu-alukan penyertaan wakil e-panggilan lain serta pemilik dewan atau fasiliti bersesuaian untuk pelaksanaan Platform Selangor (Plats).

"Kerajaan Negeri tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk penganjuran e-bazar Ramadan Selangor yang lain bagi mengelakkan mana-mana pihak mengambil kesempatan," katanya lagi.

Terdahulu, Kerajaan Negeri memperkenalkan dua saluran e-dagang khas sempena Ramadan iaitu Grab Selangor dan Plats susulan pembatalan bazar tahun ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.