AGENDA

5,000 anak muda lega, bayaran balik pinjaman dibeku

14 Apr 2020, 3:27 AM
5,000 anak muda lega, bayaran balik pinjaman dibeku
5,000 anak muda lega, bayaran balik pinjaman dibeku

SHAH ALAM, 14 APRIL: Pembekuan bayaran balik pinjaman pelajaran Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor selama enam bulan dijangka melegakan 5,000 peminjam di negeri ini, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata inisiatif menerusi Pakej Rangsangan Selangor Prihatin fasa kedua  membantu golongan anak muda yang membuat pinjaman mengharungi cabaran ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

"Saya harap wang yang dijimatkan dalam tempoh April hingga September ini mampu sedikit sebanyak melegakan 5,000 orang yang terlibat," katanya menerusi Facebook hari ini.

Tujuh pembiayaan pendidikan ditawarkan Kerajaan Negeri ialah Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor, Peduli Siswa (Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara) dan Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara.

Pinjaman lain membabitkan Program Khas Selangor Brain Bank, Program Khas Kakitangan Awam Selangor, Program Khas Biasiswa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Biasiswa Sagong Tasi.

Pada 1 April lalu, Kerajaan Negeri mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin fasa kedua berjumlah RM272.5 juta bagi menangani impak Covid-19.

Pengumuman itu susulan pengumuman fasa pertama Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin pada 20 Mac lalu membabitkan dana RM127.8 juta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.