AGENDA

Uji 5,000 kes Covid-19 sehari, KKM pertimbang alat dari China

5 Apr 2020, 11:47 AM
Uji 5,000 kes Covid-19 sehari, KKM pertimbang alat dari China

SHAH ALAM, 5 APRIL: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menimbang mendapatkan peralatan terbaharu dari China bagi mempercepatkan ujian pengesanan Covid-19.

"Alat ini boleh melakukan ujian secara automatik dan cepat dengan anggaran 5,000 kes sehari," kata

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata KKM juga akan menguji kit pengesanan antigen terbaharu dari Korea Selatan yang akan diterima esok dan menggunakannya jika kadar ketepatan lebih 70 peratus.

Pada 2 April lalu, KKM mendapati ujian terhadap kit pengesanan pantas antigen dari Korea Selatan hanya 56.6 peratus bagi mengesan Covid-19.

Setiap kit ujian perlu mencapai keputusan antara 75 hingga 80 peratus untuk digunakan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini KKM menjalankan ujian terhadap 51,937 kes dengan 3,662 daripadanya didapati positif.

Katanya, sejumlah 43 makmal KKM menjalankan ujian terhadap 11,500 kes sehari dan pihaknya merancang untuk menambah dua lagi makmal di Sandakan dan Tawau.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.