AGENDA

MB serah bantuan hargai khidmat petugas barisan hadapan

4 Apr 2020, 3:08 PM
MB serah bantuan hargai khidmat petugas barisan hadapan

SELAYANG, 4 APRIL: Dato' Menteri Besar berterima kasih kepada petugas barisan hadapan di Gombak dan Selayang, yang berkhidmat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata polis dan kakitangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bertungkus-lumus menjaga keselamatan penduduk dan memastikan arahan tersebut dipatuhi.

"Untuk itu, saya menyerahkan penutup mulut dan hidung serta cecair pembasmi kuman untuk melindungi anggota yang bertugas.

"Kesemua yang bertugas juga akan mendapat bekalan makanan secara percuma daripada Kerajaan Negeri bermula 1 hingga 14 April ini," katanya ketika ditemui di Bangunan MPS hari ini.

Amirudin turut berkunjung ke Ibu Pejabat Polis Gombak untuk menyerahkan alatan sama.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.