AGENDA

Ingkar PKP, MB kecewa ahli majlis gagal jadi contoh

4 Apr 2020, 7:22 AM
Ingkar PKP, MB kecewa ahli majlis gagal jadi contoh

BATU CAVES, 4 APRIL: Dato’ Menteri Besar kecewa terhadap sikap ahli majlis yang gagal menunjukkan contoh baik kepada masyarakat apabila melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dato' Seri Amirudin Shari mengulas tindakan seorang ahli majlis dan tiga rakannya yang ditegur polis kerana bermain badminton di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam ketika PKP.

"Saya sangat kecewa dengan tindakan ahli majlis itu. Kita akan sarankan supaya ambil tindakan tegas kerana sebagai pemimpin kena tunjukkan contoh yang baik.

“Hari ini kita cuba hadkan pergerakan dan kehadiran orang ramai kerana ia kaedah terbaik untuk mengawal penularan Covid-19,” katanya pada sidang media selepas meninjau perkembangan agihan bantuan di Pejabat Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 6 hari ini.

Perbuatan ahli majlis tersebut yang tular di media sosial sejak semalam mengundang kritikan warga maya yang mahu tindakan wajar diambil.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.