AGENDA

MB: Jumlah kes harian Covid-19 di Selangor turun, terus patuhi PKP

31 Mac 2020, 2:44 PM
MB: Jumlah kes harian Covid-19 di Selangor turun, terus patuhi PKP
MB: Jumlah kes harian Covid-19 di Selangor turun, terus patuhi PKP

SHAH ALAM, 31 MAC: Jumlah kes baharu jangkitan Covid-19 di Selangor menurun 32 kes berbanding semalam yang merekodkan sebanyak 60 kes.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bagaimanapun menggesa orang ramai untuk terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal penularan wabak tersebut.

"Alhamdulillah Selangor mencatatkan penurunan kes harian positif Covid-19 hari ini, namun kita harus terus berusaha mematuhi arahan PKP serta duduk di rumah. Kita mesti kalahkan wabak ini," tulisnya melalui Twitter malam ini.

Selangor mencatatkan jumlah keseluruhan 704 kes, angka tertinggi di Malaysia, diikuti Kuala Lumpur (430), Johor (349), Sabah (206), Perak (189) dan Negeri Sembilan (181).

Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini memaklumkan jumlah kematian meningkat kepada 43 orang dengan 140 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 2,766 kes.

Seramai 94 orang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), sementara 537 pesakit sudah sembuh dan dibenarkan pulang.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.