AGENDA

PKP: Pastikan kekal cergas, MB kongsi idea senaman di rumah

31 Mac 2020, 2:09 PM
PKP: Pastikan kekal cergas, MB kongsi idea senaman di rumah
PKP: Pastikan kekal cergas, MB kongsi idea senaman di rumah

SHAH ALAM, 31 MAC: Dato’ Menteri Besar berkongsi idea senaman di rumah untuk kekal cergas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Melalui hantaran di Twitter, Dato’ Seri Amirudin Shari mencadangkan lima jenis senaman iaitu bangkit tubi, lompat bintang, plank, gerak maju (lunges) dan senaman perut (crunches).

"Walaupun perlu berada di rumah sahaja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, namun kita tetap perlu menjaga kesihatan tubuh badan.

“Amalkan senaman di rumah selama 30 minit setiap hari untuk kekal cergas dan cerdas,” tulisnya.

Kerajaan memutuskan pelaksanaan PKP fasa kedua hingga 14 April susulan peningkatan kes Covid-19.

[caption id="attachment_395431" align="aligncenter" width="500"] Foto Twitter Amirudin Shari[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.