AGENDA

Jumlah kes harian Covid-19 di Selangor turun, MB pesan terus patuh PKP

27 Mac 2020, 3:48 PM
Jumlah kes harian Covid-19 di Selangor turun, MB pesan terus patuh PKP

SHAH ALAM, 27 MAC: Jumlah kes baharu jangkitan Covid-19 di Selangor menurun agak ketara hari ini berbanding semalam yang merekodkan sebanyak 75 kes.

Walau kes baharu hanya 36 namun seorang lagi meninggal dunia, menjadikan tiga kematian di negeri ini, menurut angka Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dato’ Menteri Besar menggesa orang ramai terus mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini.

"... kita harus sentiasa mematuhi arahan PKP serta memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa. Insya-Allah kita pasti berjaya,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari melalui Twitter malam ini.

Selangor mencatatkan jumlah keseluruhan 546 kes, angka tertinggi di Malaysia, diikuti Kuala Lumpur (337), Johor (259), Sabah (182), Perak (159) dan Negeri Sembilan (138).

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan jumlah kematian meningkat

kepada 26 orang dengan 130 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 2,161 kes.

Seramai 54 orang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), sementara 259

pesakit sudah sembuh dan dibenarkan pulang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.