PBT

Covid-19: Retromania Grand Gathering 2020 tangguh

14 Mac 2020, 12:14 AM
Covid-19: Retromania Grand Gathering 2020 tangguh

SHAH ALAM, 14 MAC: Retromania Grand Gathering 2020 (RGG2020) dijadual pada 11 dan 12 April ini di Dataran Morib ditangguhkan susulan kebimbangan penularan jangkitan Covid-19.

Yang dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) Mohamad Zain A Hamid berkata acara himpunan motosikal terbesar diadakan ke suatu tarikh dimaklumkan kelak.

"Kementerian Kesihatan Malaysia pada 12 Mac mengeluarkan kenyataan mengenai semua perhimpunan melibatkan orang ramai ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan Covid-19.

"Sila patuhi arahan dikeluarkan dari semasa ke semasa bagi mencegah penularan wabak ini," katanya dalam kenyataan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.