SELANGOR

LZS santuni mangsa OKU rumah terbakar

18 Jul 2019, 4:07 AM
LZS santuni mangsa OKU rumah terbakar

SHAH ALAM, 18 JULAI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni seorang mangsa Orang Kelainan Upaya (OKU) mental yang mengalami tragedi kebakaran rumah di Kampung Kuala Sungai Baru.

LZS melalui kenyataan di Facebook memaklumkan, pihaknya yang diwakili Pegawai Operasi Agihan Zakat Petaling, Zaheer Zainal menziarahi keluarga terbabit pada 16 Julai lalu.

Katanya, LZS memberikan bantuan zakat berbentuk wang tunai berjumlah RM500 yang diserahkan kepada wakil yang juga abang kandung mangsa.

"Alhamdulillah mangsa selamat dan hanya sebahagian rumah terbakar.

"Selain itu, bantuan sumbangan musibah kebakaran akan diproses selepas LZS menerima dokumen diperlukan (laporan polis dan bomba)," katanya.

Difahamkan, tragedi kebakaran rumah itu berlaku pada 14 Julai lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.