SUKANKINI

Muhammad Rafiq menang terbuka Singapura

1 Jul 2019, 2:47 AM
Muhammad Rafiq menang terbuka Singapura

KUALA LUMPUR, 1 JUL: Selepas ketandusan sebarang kejuaraan sejak awal tahun ini, atlet boling negara, Muhammad Rafiq Ismail akhirnya memenangi gelaran pertama musim ini pada Kejohanan Antarabangsa Terbuka Singapura di Singapura, semalam.

Olahragawan Negara 2018 itu menjuara kategori lelaki terbuka selepas mengalahkan peserta Korea Selatan, Kim Jun Young 188-180, pada Masters final.

kejayaan itu membolehkan Muhammad Rafiq membawa pulang hadiah wang tunai S$25,000 (RM76,364) manakala Jun Young menerima S$12,000 (RM36,654).

Dalam kategori terbuka wanita, peserta tuan rumah, Bernice Lim mengalahkan rakan senagara, New Hui Fen 214-213 pada saingan Masters final.

Lim dan New masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai $10,000 (RM30,545) dan S$5,000 (RM15,272), selaku juara dan naib juara.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.