ad
SELANGOR

Paip bocor punca gangguan air di Shah Alam, Klang

26 Jun 2019, 4:34 AM
Paip bocor punca gangguan air di Shah Alam, Klang

SHAH ALAM, 26 JUN: Gangguan bekalan air di 31 kawasan sekitar Shah Alam dan Klang sejak awal pagi tadi berpunca daripada kebocoran paip utama berhampiran Dataran Automobil di Seksyen 15, di sini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata kebocoran paip utama bersaiz 1,050mm itu mengakibatkan pengurangan air 70 juta liter sehari ke Kolam Air Lipat Kajang.

"Gangguan bekalan air tidak berjadual itu dikesan berpunca dari kerja-kerja pihak ketiga sehingga menyebabkan 99,454 pengguna terjejas.

"Kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan dengan segera dan pihak kami menyasarkan kerja-kerja pembaikan disiapkan dalam tempoh 24 jam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara kawasan yang terjejas ialah Ambang Botanik, Johan Setia, Taman Klang Jaya, Bayu Perdana, Kem Rimba dan Persiaran Raja Muda Musa.

Katanya untuk sebarang pertanyaan dan maklumat terkini, pengguna boleh menghubungi Air Selangor di 15300 atau layari laman sesawang www.syabas.com.my.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.