AMPANG, 21 JAN: Penduduk Taman Saga, di sini, lega isu gelinciran tanah di kawasan tersebut segera diselesaikan, namun berharap pihak berkuasa mengambil langkah jangka panjang bagi mengelak isu berulang.
Saksi kejadian, Ahmad Azizuddin Ahmad, 53, berkata beliau bersyukur kejadian yang berlaku di Jalan Saga 17, kira-kira 8.45 pagi pada Ahad, tidak melibatkan kerosakan harta benda.
“Kebetulan pada hari itu saya berada berhampiran lokasi kejadian. Saya melihat pergerakan tanah yang disertai air menurun ke bawah. Saya bimbang kejadian lebih buruk akan berlaku.

“Saya segera menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan. Dalam masa yang pantas pihak bomba tiba di lokasi untuk mengikat tali pada kenderaan yang terjejas bagi mengelakkannya daripada terus menggelongsor," jelasnya yang juga kakitangan swasta.
Sementara itu, Chay Foong May, 63 berkata beliau hanya mengetahui kejadian gelinciran tanah tersebut melalui foto yang dihantar melalui telefon bimbit oleh anaknya kerana tiada di rumah ketika insiden berlaku.

“Saya berpuas hati melihat pegawai datang ke tempat kejadian dengan cepat. Kami harap pihak berkuasa dapat menyelesaikan dengan tempoh yang dijanjikan, harap kejadian seperti ini tidak berlaku lagi,” kata guru tuisyen itu.
Dalam pada itu, peniaga, Goh Tui Huat, 67 yang sudah menetap lebih 30 tahun di kawasan itu mengakui sedikit risau memandangkan ini kejadian gelinciran tanah pertama yang dialaminya sepanjang menetap di lokasi tersebut,
"Walaupun terdapat penutupan jalan di kawasan yang terjejas, ia tidak menjadi masalah besar kerana kawasan taman ini mempunyai banyak laluan alternatif untuk keluar masuk.

“MPAJ ambil tindakan pintas cuma sudah tentu kami berharap kejadian ini tidak berulang kerana ia melibatkan gelinciran tanah,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha KRT Taman Saga, Masli Suratin, 67, berkata tindakan pantas pihak berkuasa mengelak kejadian lebih buruk berlaku.
"Ini pertama kali berlaku tanah runtuh akibat kebocoran paip kumbahan, sedangkan sebelum ini hanya masalah pokok tumbang akibat ribut.

"Alhamduillah, mereka telah bertindak cepat terutama bomba untuk membantu penduduk di sini. Saya melihat pihak berwajib terus berbincang di tempat kejadian untuk mempercepatkan tindakan membaik pulih kawasan ini," jelasnya.
Semalam Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Ts Hasrolnizam Shaari mengesahkan tiada sebarang pergerakan atau gelinciran tanah baharu berlaku di Jalan Saga 17, Taman Bukit Teratai, susulan kejadian sistem saliran paip bawah tanah pecah, Ahad lalu.
Beliau berkata memaklumkan kejadian itu bukan akibat tanah runtuh atau kegagalan cerun, tetapi limpahan air daripada sistem paip utiliti yang patah atau terputus, sekali gus menyebabkan hakisan permukaan tanah di kawasan berkenaan.
Jelasnya, pihak syarikat utiliti terlibat iaitu Indah Water Konsortium (IWK) telah diminta untuk mengambil tindakan segera dengan menghentikan aliran air dalam saluran terlibat supaya tidak terus menimpa kawasan terjejas.
"Pihak berkuasa sangat profesional dan bertindak pantas. Sebagai penduduk kami berterima kasih banyak kepada MPAJ dan IWK yang sudah datang membantu dan kami sangat berpuas hati" kata Ahmad Azizuddin yang juga kakitangan swasta kepada Media Selangor.
Sementara itu, Masli Suratin yang awalnya bimbang dengan kejadian itu juga mula berpuas hati dengan tindakan pantas pihak berkuasa.
"Ini pertama kali berlaku tanah runtuh akibat kebocoran paip kumbahan, sedangkan sebelum ini hanya masalah pokok tumbang akibat ribut.
"Alhamduillah, semasa kejadian kami dapat menghubungi semua agensi kerajaan, mereka telah bertindak cepat terutama bomba untuk membantu penduduk di sini. Saya melihat pihak berwajib terus berbincang di tempat kejadian untuk mempercepatkan tindakan membaik pulih kawasan ini," jelasnya.
Dalam pada itu, Goh Tui Huat yang sudah menetap lebih 30 tahun juga mengakui sedikit risau memandangkan ini merupakan kejadian gelinciran tanah pertama yang dialaminya sepanjang tiga dekad berada di situ.
"Walaupun terdapat penutupan jalan di kawasan yang terjejas, ia tidak menjadi masalah besar kerana kawasan taman ini mempunyai banyak laluan alternatif untuk keluar masuk," jelasnya.
Beliau juga telah memuji tindakan pantas MPAJ serta syarikat utilitis kerana membuat siasatan awal dan mengawal kejadian tersebut
Sementara itu, Chay Foong May berkata beliau hanya mengetahui kejadian gelinciran tanah tersebut melalui foto yang dihantar oleh anaknya kerana beliau tiada di rumah ketika insiden berlaku.
“Anak saya hantar gambar kereta terjejas akibat tanah runtuh itu. Sebenarnya ada penduduk sudah lapor mengenai kesan retakan di depan rumah sebelum ini, namun keadaan menjadi lebih serius pada hari kejadian.
“Saya berpuas hati melihat pegawai datang ke tempat kejadian dengan cepat. Kami harap pihak berkuasa dapat menyelesaikan dengan tempoh yang dijanjikan,” katanya.
Dalam pada itu, pihak Timbalan Yang Dipertuanya Ts. Hasrolnizam Shaari memaklumkan pemantauan akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan struktur tanah kembali stabil.
“MPAJ akan terus memantau supaya kita dapat pastikan kerja-kerja memulihkan balik kawasan ini dapat dibuat dengan segera dan disempurnakan kepada keadaan yang sepatutnya dalam waktu yang cepat.
“Mereka telahpun bersedia tapi perincian tindakan masih dalam penelitian akhir. Mungkin dalam sehari dua ini kita akan dapat maklum balas secara rasmi daripada berhubung bentuk pembaikan yang akan dibuat termasuklah tempoh kerja,” katanya.
Pada 18 Januari lalu, gelinciran tanah yang berlaku di Jalan Saga 17 telah menyebabkan hanya satu kenderaan yang terjejas. Tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan keadaan semasa dilaporkan stabil serta berada di bawah pemantauan rapi.



