SELANGOR

EXCO hargai pengorbanan polis ketika perayaan

11 Jun 2019, 4:50 AM
EXCO hargai pengorbanan polis ketika perayaan

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 11 JUN: EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han menghargai pengorbanan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas pada sambutan Aidilfitri, kali ini.

Penghargaan itu dinyatakan melalui perkongsian status di laman facebooknya, baru-baru ini.

"Tatkala kawan-kawan Muslim gembira meraikan sambutan hari raya, terdapat sekumpulan kawan yang korbankan hari raya demi menjalankan tugas mereka.

"Ayuh tunjukkan sokongan kepada anggota polis," tulisnya.

Pada status sama, Sze Han turut berkongsi beberapa gambar anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Serdang yang sedang membuat rondaan di sekitar kawasan Kinrara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.