NASIONAL

MAHB perkukuh tadbir urus pemerolehan

17 Apr 2019, 8:50 AM
MAHB perkukuh tadbir urus pemerolehan

KUALA LUMPUR, 17 APRIL: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengukuhkan tadbir urus pemerolehannya dengan mendigitalkan prosesnya di Lapasar, sebuah landasan e-pasaran.

Dalam kenyataannya hari ini, MAHB berkata, pelaksanaan sistem e-katalog adalah sebahagian daripada usaha transformasi pemerolehan organisasi itu selari hala tuju digitalnya, Airports 4.0.

“Menerusi Lapasar, kakitangan boleh membuat pembelian secara dalam talian dan dokumentasi manual akan dihapuskan sepenuhnya.

“Ini akan memudahkan proses pemerolehan kerana Lapasar merupakan platform dalam talian perniagaan kepada perniagaan tunggal,” katanya.

Lapasar dibangunkan Tenderin, sebuah syarikat pemula niaga yang mempunyai kepakaran dalam penyelesaian rantaian bekalan seperti e-pemerolehan, logistik, rumah gudang dan pembayaran. -BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.