PBT

MDHS sedia 44 tong RORO lupus barangan pukal

6 Feb 2019, 3:44 AM
MDHS sedia 44 tong RORO lupus barangan pukal

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 6 FEB: Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menyediakan 44 tong 'Roll On Roll Off' (RORO) secara percuma bagi memudahkan orang ramai melupuskan barangan pukal, sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Pegawai Komunikasi Korporatnya, Junainah Abdullah berkata, perkhidmatan tong RORO bersaiz tiga tan itu diletakkan di beberapa kawasan sekitar, sejak semalam hingga 14 Februari ini.

"Ia termasuk di Batang Kali, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa dan Kuala Kubu Bharu.

"Orang ramai boleh membuang sampah pukal seperti perabot lama dan barangan elektrik iaitu almari, sofa, tilam, katil, peti ais, radio, televisyen, pengecas bateri, telefon bimbit serta sampah kebun.

"Bagaimanapun, penduduk dilarang sama sekali membuat sampah sisa pepejal kedalam tong RORO ini," katanya.

Pada masa sama, beliau turut menggesa penduduk supaya dapat memberi kerjasama dengan membuang sampah pukal ke dalam tong RORO yang disediakan.

Katanya, hal itu bagi memudahkan kontraktor membuat kutipan dan menjaga kawasan sekitar supaya berada dalam keadaan bersih, selesa serta terurus.

Jika mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan tong RORO, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, MDHS di talian 03-60641331 atau 03-60641050.

Berikut adalah lokasi spesifik perkhidmatan tong RORO:

1. Perumahan Melur 1, Bukit Beruntung

2. Lot Banglo Anggerik, Prima Beruntung, Bukit Beruntung

3. Perumahan Anggerik/ Kemboja, Bukit Beruntung

4. Kg. Air Panas, Kerling

5. Perumahan Tanjung, Bukit Sentosa

6. Perumahan Teluki, Bukit Sentosa

7. Balai Penghulu Ulu Yam Bharu (Desa Kelisa), Hulu Yam Bharu

8. Taman Bukit Bunga, Kuala Kubu Bharu

9. Taman Lembah Damai, Kerling

10. Bandar Utama Batang Kali, Seksyen 3

11. Kampong Sejantung, Kalumpang

12. Taman Tanjak, Kuala Kubu Bharu

13. Taman Merpati Titiwangsa, Kalumpang

14. Perumahan Anggerik 5, Bukit Sentosa

15. Perumahan Seroja 3, Bukit Sentosa

16. Perumahan Ros 1, Bukit Sentosa

17. Kampung Hassan, Hulu Bernam

18. Pekan Hulu Yam Lama

19. Taman Belida, Hulu Yam

20. Taman Desa Patin, Hulu Yam

21. Kg. Bukit Chandang, Batang Kali

22. Kg. Seri Serendah, Serendah

23. Taman Cempaka, Serendah

24. Taman Idaman, Serendah

25. Kg. Dato Harun & Kg. Dato Harun Tambahan, Serendah

26. Rumah Kilat, Serendah

27. Rumah Murah, Serendah

28. Kg. Damai, Serendah

29. Taman Desa Kiambang 1, Serendah

30. Kg. Assam Kumbang, Kuala Kubu Bharu

31. Perumahan Semarak, Bukit Beruntung

32. Taman Desa Anggerik, Serendah

33. Pekan Hulu Yam Baru (tapak pasar)

34. Pekan Hulu Yam Baru (berdekatan YST)

35. Kg. Sg. Chik Tambahan, Hulu Yam

36. Kg. Baru Tambahan dan Kg. Pisang, Hulu Yam

37. Perumahan Mawar/ Kekwa, Bukit Beruntung

38. Perumahan Inai, Bukit Beruntung

39. Kg. Chuang 6, Rasa

40. Taman Rasa Jaya, Rasa

41. Taman Rasa Utama, Rasa

42. Kg. Kandaiah, Rasa

43. Taman Semarak, Batang Kali

44. Jalan Macau, Serendah