BERITA UTAMA

Sultan Pahang dipilih Agong ke-16, Sultan Perak kekal timbalan

24 Jan 2019, 7:42 AM
Sultan Pahang dipilih Agong ke-16, Sultan Perak kekal timbalan
Sultan Pahang dipilih Agong ke-16, Sultan Perak kekal timbalan

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 24 JAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun, berkuat kuasa 31 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat menerusi kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Kenyataan itu menyebut menurut peruntukan Paragraf 3, Bahagian Pertama Jadual Ketiga Perlembagaan, keputusan Majlis Raja-Raja dikemukakan kepada kedua-dua Dewan Parlimen.

[caption id="attachment_295060" align="alignright" width="538"] Foto: Utusan Online[/caption]

"Perdana Menteri juga sudah dimaklumkan," katanya.

Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas), di Istana Negara, hari ini.

Baginda menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Januari lalu selepas memegang tampuk pemerintahan negara, sejak 13 Disember 2016.

Mesyuarat itu turut memilih Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bagi tempoh sama.

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, dihadiri oleh semua Sultan dan Raja Melayu kecuali Kelantan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan pada 7 Januari lalu berkata, Majlis Raja-Raja memutuskan istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong baharu dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong ditetapkan, pada 31 Januari ini.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.