ad
PBT

Mohd Rashidi dilantik Timbalan Datuk Bandar Shah Alam

8 Jan 2019, 1:24 AM
Mohd Rashidi dilantik Timbalan Datuk Bandar Shah Alam
Mohd Rashidi dilantik Timbalan Datuk Bandar Shah Alam

SHAH ALAM, 8 JAN: Mohd Rashidi Ruslan secara rasminya dilantik sebagai Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, berkuat kuasa pada 2 Januari lalu.

Majlis angkat sumpah berlangsung di di hadapan Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad, pada 7 Januari lalu, di Wisma MBSA.

Turut menyaksikan majlis itu ialah Orang Besar Daerah Petaling, Dato’ Emran Kadir dan pengarah kanan MBSA.

Mohd Rashidi yang dilahirkan di Klang adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi Perancangan dan Pembangunan (2005) dari Universiti Malaysia Sabah.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang Pengurusan Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan, Pengurusan Projek dan Pengurusan Bajet.

Sebelum ditugaskan di Wisma MBSA, beliau pernah bertugas sebagai:

1) Penolong Pengarah, Seksyen Agihan dan Pembangunan, UPEN Selangor;

2) Penolong Pegawai Daerah (Tanah), Unit Pelupusan dan Pembangunan Tanah, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat;

3) Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, Majlis Perbandaran Kajang;

4) Ketua Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, NRE Putrajaya;

5) Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasa dan Hasil Persekutuan, Jabatan Ketua Pengarah, Tanah & Galian (JKPTG), Putrajaya

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.