BERITA UTAMA

Mohd Khairuddin angkat sumpah sebagai EXCO

10 Dis 2018, 7:12 AM
Mohd Khairuddin angkat sumpah sebagai EXCO

OLEH NAZLI IBRAHIM

KLANG, 10 DIS: Ahli Dewan Negeri Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dilantik sebagai EXCO Selangor baharu menggantikan penyandang terdahulu, Allahyarham Prof Dr Sharuddin Badaruddin.

Beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor mengangkat sumpah jawatan dan ikrar aku janji di hadapan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Balairung Seri Istana Alam Shah di sini, hari ini.

Pada istiadat itu, Mohd Khairuddin turut dikurniakan Surat Cara Pelantikan Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor daripada baginda.

Mohd Khairuddin mula menyandang kerusi Paya Jaras selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan sekali lagi mempertahankannya, pada PRU14.

Mohd Khairuddin juga pernah bertugas sebagai pembantu EXCO Infrastruktur, Belia dan Adat Melayu, Ahli Lembaga Tabung Pendidikan Selangor serta Timbalan Pengerusi Majlis Sukan Selangor.

Kerusi EXCO Selangor kosong selepas Shaharuddin, 56, meninggal dunia selepas bertarung dengan kanser usus (Colon Cancer) tahap empat.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.