SELANGOR

Deepavali lebih bermakna buat 358 masyarakat India

23 Okt 2018, 8:16 AM
Deepavali lebih bermakna buat 358 masyarakat India
Deepavali lebih bermakna buat 358 masyarakat India

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SUNGAI BESAR, 23 OKT: Sambutan Deepavali tahun ini lebih bermakna buat 358 masyarakat India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan apabila menerima baucar 'Jom Shooping Deepavali 2018', di Pasaraya TF Value Mart, pada 20 Oktober lalu.

Ahli Dewan Negerinya, Ng Suee Lim berkata, bantuan itu sedikit sebanyak mampu mengurangkan bebanan mereka untuk meraikan perayaan berkenaan.

"Bantuan yang diagih secara telus adalah untuk memberi manfaat kepada rakyat, malah ia tidak memilih ideologi politik tetapi semua yang berkelayakan berhak menerimanya," katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat yang kurang berkemampuan meliputi semua kaum.

Katanya, skim di bawah Inisiatif Peduli Rakyat itu diperkenalkan bukan sahaja kepada penyokong Kerajaan Negeri, malahan semua layak menerima bantuan berkenaan, jika mereka anak Selangor.

"Kebanyakan penerima meluahkan rasa teruja dan gembira dengan bantuan ini serta berharap ia akan diteruskan pada masa hadapan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.