SELANGOR

PBS Gombak terima Sijil Penarafan Bintang Pertubuhan Belia

18 Okt 2018, 5:00 AM
PBS Gombak terima Sijil Penarafan Bintang Pertubuhan Belia

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 18 OKT: Pejabat Belia dan Sukan (PBS) daerah Gombak mendapat pengiktirafan Penarafan Bintang Pertubuhan Belia daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, di sini, hari ini.

Jurucakap PBS daerah Gombak menerusi satu kenyataan berkata, penganugerahan itu adalah di bawah Sistem Penarafan Bintang (Star Rating) yang diwujudkan sejak 2014 bagi mengklasifikasikan tahap keaktifan sesebuah pertubuhan belia, di negeri ini khususnya.

Katanya, sebanyak 11 pertubuhan berjaya menghantar MYKD dengan lengkap untuk melayakkan persatuan terbabit menerima sijil penarafan.

"Majlis Belia Selangor daerah Gombak berjaya mendapat empat bintang, manakala 11 lagi Persatuan Belia di daerah Gombak mendapat 3 bintang.

"Senarai 11 persatuan adalah Gerakan Integrasi Belia Cawangan Bandar Baru Selayang, Gerakan Integrasi Belia Cawangan Selayang Pandang, Gerakan Integrasi Belia Cawangan Taman Gombak Permai dan Gerakan Integrasi Belia Kawasan Selayang.

"Turut menerima Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan, Kelab Belia Medan Batu Caves, Majlis Belia India Malaysia, Pertubuhan Belia Selayang, Ikatan Melayu Muda Selayang dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Selayang," katanya.

Sijil berkenaan disampaikan Puan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gombak.

Pada masa sama, beliau berkesempatan mengucapkan tahniah kepada penerima dan mengharapkan supaya belia di daerah terbabit terus aktif dalam berpersatuan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.