SELANGOR

Beli barang dapur guna 'Smart Pasar'

11 Okt 2018, 10:13 AM
Beli barang dapur guna 'Smart Pasar'

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 11 OKT: Penduduk di Selangor kini boleh mendapatkan barangan segar secara dalam talian dengan hanya menggunakan 'Smart Pasar'.

Smart Selangor melalui laman facebooknya berkata, melalui Smart Pasar, pengguna boleh mendapatkan barang mentah dari Pasar Borong Selangor Seri Kembangan dan Kompleks Pasar Besar Meru Klang.

"Ia sekali gus memberi kemudahan kepada penduduk di sekitar Seri Kembangan, Serdang, Puchong, Kinrara, Putrajaya, Cyberjaya, Meru, Bukit Raja, Klang, Bukit Tinggi, Shah Alam dan Setia Alam.

"Dengan melayari laman sesawang www.smartselangorpasar.com, orang ramai boleh mendapatkan bekalan barangan basah seperti ayam, ikan, udang, ketam, sotong dan daging yang segar tanpa perlu ke pasar lagi," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.