SELANGOR

ADN Bukit Melawati jadi sasaran buli siber

15 Sep 2018, 3:40 AM
ADN Bukit Melawati jadi sasaran buli siber
ADN Bukit Melawati jadi sasaran buli siber

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 15 SEPT: Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli menjadi sasaran terbaru kaki buli, di media sosial.

Terbaru, akaun media sosial miliknya terpaksa dihentikan buat sementara waktu gara-gara diserang secara peribadi pihak tidak bertanggungjawab.

Juwairiya ketika dihubungi SelangorKini mengesahkan perkara terbabit dan menyatakan rasa kecewa kerana beliau turut diserang menggunakan perkataan lucah dan seksis.

"Secara tiba-tiba segerombolan 'cybertroopers' sebuah parti politik membuat serangan bertalu-talu di akaun facebook saya, sedangkan akaun berkenaan adalah medium yang menghubungkan saya dan rakyat.

"Perkara ini tidak patut berlaku, mereka menyerang peribadi, bukannya melalui parti. Walaubagaimanapun, ia tidak akan mematahkan semangat saya," katanya.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM), Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, buli siber di negara ini berada pada tahap serius dan masyarakat perlu bersedia menghadapi ancaman berkenaan.

Beliau berkata, jika tidak dibendung, ia akan menjadi ancaman kepada diri dan masyarakat kerana buli siber dikesan lebih bahaya berbanding buli secara fizikal ekoran ia boleh dilakukan sesiapa sahaja tanpa kawalan di internet.

Berdasarkan statistik Pusat Bantuan Cyber999, 51 kes membabitkan remaja berusia sehingga 18 tahun, 19 tahun hingga 25 tahun (246), 26 tahun hingga 40 tahun (314), 41 tahun hingga 55 tahun (69) dan 56 tahun ke atas (69 kes).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.