ad
NASIONAL

Malaysia naik dua anak tangga senarai daya saing dunia

24 Mei 2018, 4:19 AM
Malaysia naik dua anak tangga senarai daya saing dunia

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 24 MEI: Malaysia mencatat kenaikan dua anak tangga, pada kedudukan ke-22 dalam Ranking Daya Saing Dunia Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) yang diterbitkan IMD Pusat Daya Daing Dunia.

Kumpulan penyelidik yang berpangkalan di Switzerland itu berkata, Malaysia satu-satunya ekonomi (di Asia Tenggara) yang mencatatkan kenaikan dua anak tangga, dipacu pemulihan kukuh prestasi ekonomi, khususnya perdagangan antarabangsa.

Berdasarkan kenyataan itu, lima negara teratas yang paling berdaya saing di dunia kekal seperti tahun lalu, namun​​​​​​​ kedudukannya berubah.

Amerika Syarikat kembali ke tangga pertama dari kedudukan keempat tahun lalu, didorong​​​​​​​ prestasi ekonomi dan infrastruktur kukuh.

Kedudukan itu diikuti Hong Kong, Singapura, Netherlands dan Switzerland.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.