SELANGOR

Najwan manfaat masa santuni masyarakat

24 Mei 2018, 3:25 AM
Najwan manfaat masa santuni masyarakat
Najwan manfaat masa santuni masyarakat
Najwan manfaat masa santuni masyarakat

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 24 MEI: Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Najwan Halimi komited menyantuni masyarakat di DUN itu dengan pelbagai program bagi mendekati di samping mengenali antara satu sama lain.

Najwan berkata, baru-baru ini beliau merasmikan Program Intervensi Awal (PIA) Kanak-Kanak bersama Persatuan Orang Pekak Selangor anjuran bersama Persatuan Taska Negeri Selangor (PTNS) dan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).

"Ia khusus diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas dengan pendidikan berteraskan pelbagai jenis terapi termasuk ‘physiotherapy’, ‘occupational therapy’, ‘speech therapy’ dan ‘hydrotherapy’.

"Program ini membantu ibu bapa mengambil langkah awal mengelakkan berlaku masalah sampingan pada keadaan fizikal anak-anak mereka di masa akan datang," katanya.

Terdahulu, Najwan bersama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan pemangku ADN Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari menyantuni dan berbuka puasa bersama kariah Surau Al-Falah di Bukit Subang.

Seterusnya beliau juga menyantuni kariah serta menunaikan solat Isyak dan solat sunat Terawih di Surau Al-Iman di Pangsapuri Teratai, Bukit Subang.

"Saya turut menyampaikan tazkirah ringkas dan mengupas tentang kelebihan melakukan kebajikan dalam bulan Ramadan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.