ad
SELANGOR

MPAJ ajak masyarakat jayakan Smart Selangor

23 Mei 2018, 4:21 AM
MPAJ ajak masyarakat jayakan Smart Selangor
MPAJ ajak masyarakat jayakan Smart Selangor

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

AMPANG, 23 MEI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menggesa masyarakat sedia memberi kerjasama menjayakan program Smart Selangor yang akan digerakkan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU).

Yang Dipertuanya, Abd Hamid Hussain berkata, sasaran utama dalam program itu termasuklah kedai runcit, gerai, kendera saji (food truck), medan selera, pasar tani dan pasar malam di kawasan MPAJ.

"Dalam Belanjawan Selangor 2018, Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali sudah memaklumkan negeri ini ke arah Smart State terulung di rantau Asean menjelang 2025," katanya dalam kenyataan.

Abd Hamid berkata, Mohamed Azmin turut mahu melihat Selangor berjaya mempraktikkan 'Cashless Society' menjelang 2022, dan membina infrastruktur serta masyarakat 'cashless'.

"Cashless adalah penggunaan kad kredit, kad debit, cek, kiosk, e-wallet dan online banking.

"Justeru, melalui program Smart Selangor ini, besar harapan MPAJ supaya masyarakat di kawasan ini juga dapat memberi kerjasama demi kesejahteraan mereka," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.